Ajal maut semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT dan begitulah janjiNya kepada 107 orang jemaah haji telah menemui Maha Pencipta di Masjidil Haram, Mekah.
Berita ini amat mengejutkan seluruh umat Islam di seluruh dunia termasuk pihak Arab Saudi juga telah mengakui bahawa kemalangan ini sebenarnya adalah kuasa Allah SWT kerana kren tersebut telah berada di situ sejak beberapa tahun. Begitu hebatnya kuasa Allah SWT yang telah membawa debu dan angin kencang hingga meruntuhkan kren tersebut dan jemaah haji yang sedang beribadah di dalamnya telah terkorban. Semuanya adalah ketentuan Illahi sejak azali lagi.
[BACA : GURU KONGSI KEISTIMEWAAN ALLAHYARHAM CIKGU SITI NUROSHLIZAN ZULKIFLI]
Hasil pencarian Google, rupa-rupanya gambar tersebut telah wujud sejak tahun 2014 manakala arwah baru meninggalkan kita beberapa hari lepas dalam tragedi yang menyayat hati itu..
Adik lelaki arwah, Amalludin Zolkifli telah mengesahkan apa yang disebarkan itu adalah berita palsu.
Beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan kerana walaupun apa yang disebarkan bukan memburukkan tetapi ia seolah-olah mempermainkan gambar dan pemergian arwah kerana perkara itu tidak berlaku.
Gambar palsu kononnya jenazah Nuroshlizan dijumpai dalam keadaan bersujud
bersama senaskah Al Quran
Beliau memohon agar dihentikan penyebaran berita palsu ini.
Marilah kita sama-sama sedekahkah bacaan surah Al-Fatihah serta doa kepada mereka yang pergi meninggalkan kita dalam tragedi yang tidak disangka-sangka ini agar roh-roh mereka dicucuri rahmat serta keberkatanNya.
Di samping itu kita doakan semoga jemaah-jemaah haji yang cedera cepat sembuh dan dapat menunaikan haji dengan sempurna bersama-sama jemaah-jemaah haji lain di sana serta
0 Comments
JDT NEWS Membahas segala berita aktual malaysia.