Bertuah Betul!!! Sultan Johor Bawa Satu Famili Ke Majlis Perkahwinan Pasangan Pengantin Ini


Tentu rakyat tertanya-tanya, siapakah gerangan bapa pengantin ini sehingga Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, dan isteri Baginda, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis perkahwinan ini.

Majlis Perkahwinan ini sebenarnya adalah meraikan perkahwinan anak lelaki kepada Dato Harjit Singh dan Datin Kaldip Kour yang merupakan seorang bekas pemain kriket kebangsaan dan negeri Johor, 

Beliau juga adalah merupakan Presiden Majlis Kriket Negeri Johor. Beliau juga adalah seorang rakan rapat dan doktor keluarga bagi Keluarga DiRaja Johor

Majlis resepsi penuh gemilang pasangan pengantin Gurdip Singh Gandhara dan isteri beliau, Dr Harveen Kaur Pasricha kelihatan sungguh berseri pada malam tersebut telah diadakan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.

Keberangkatan Baginda berdua turut diiringi oleh ahli Keluarga DiRaja Johor yang lain, iaitu Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor, dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam; Tunku Tun Aminah; Tunku Abdul Rahman, Tunku Panglima Johor; dan Tunku Abu Bakar, Tunku Putera Johor.







Post a Comment

0 Comments