#Suatu
masa dahulu pada bulan April 2010, saya ditugaskan untuk menyambut
rombongan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang tiba di
Hotel Intercontinental Dar Tawhid, Makkah untuk tujuan menunaikan
ibadah umrah.
#Tugas
saya hanyalah memberikan minuman sahaja. Ketika itu, saya bertugas
sebagai salah seorang staff Tabung Haji Travel di Jeddah. Bos saya pada
masa itu sangat terrer. Dia pulang ke Malaysia, tapi dia dah lengkapkan
segala jadual, bilik, kelengkapan, aturan dan tinggalkan kami dalam
tugas pertama seumur hidup saya menjaga VVIP.
#Segala
pesanan beliau telah saya ingati dengan baik. Antara pesanan beliau
adalah, ketika Tuanku usai tawaf, hulurkan air kerana mungkin Tuanku
kepenatan dan keletihan. Itu adalah personal touch pertama yang saya
belajar daripada beliau. Small thing, tapi Big thing. #Saya
masih ingat, Tuanku ucap terima kasih kepada saya sambil meneguk air
zamzam yang sejuk fresh mengalir daripada telaga zamzam. Kami berada
berhampiran dengan multazam.
#Sejak
dari itu, sejarah saya dengan negeri Johor telah bermula. Walaupun saya
baru 2 kali sahaja ke negeri Johor sepanjang hidup saya, tapi berbual
dengan Baginda, saya dapat merasakan sedang melihat negeri Johor
betul-betul berada di hadapan saya.
#Pagi
yang hening, Tuanku panggil saya menghadap masuk ke dalam bilik
santapan Baginda. Wajah Baginda menunjukkan tanda kerisauan melihatkan
makanan yang dihidangkan sepanjang-panjang meja santapan.
***"Ini siapa nak makan?" Soal Baginda kepada saya.
#Saya sudah pucat dan saya dapat merasakan kaki dan jari tangan saya sudah mulai sejuk.
***"Err..Err..
Tuanku dan keluarga. Err.. Err.. Saya, Eh. Patik pun tak tahu. Patik..
Saya.. Patik keluar dulu ya. Ampun Tuanku."
#Itu perkataan yang paling formal boleh saya keluarkan di hadapan Baginda.
***"Membazir
ni. Makanlah. Mana habis saya nak makan semua ni. Duduklah dulu. Kita
berkenalan. Saya tak kenal lagi kamu. Nama siapa?"
#Bermula
dari itu, kami bertukar-tukar cerita dan saya asyik cerita pasal kamera
saya sehinggalah saat Baginda panggil saya professor kerana berjaya
menghidupkan internet dengan WiFi hotel pada iPad Baginda!
#Saya
tidak kenal Baginda dengan begitu rapat. Namun, banyak nasihat yang
Baginda telah berikan kepada saya dalam hidup. Baginda begitu 'tak
kisah' dengan siapa saya. Berbual seolah-olah saya rakannya.
#Baginda
juga menasihati saya dalam berbisnes, kita hendaklah mengetahui semua
perkara dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besar operasi perniagaan
kita. Jika tidak, kita akan senang ditipu dan dipermainkan.
#Sejujurnya,
saya ingin bertemu lagi dengan Baginda kerana ada amanah yang ingin
saya sampaikan setelah diamanahkan satu kerja kepada saya. Namun, saya
masih belum berpeluang untuk bertemu dengan Baginda.
#Di
hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
pada 22 November 2013, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan
Takluk Johor Darul Ta'zim Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda
Yang ke-55, Patik ucapkan Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan
Ibrahim yang patik kenali.
#Gambar ketika kali pertama saya lihat dan pegang iPad. Apa ke benda ntah komputer ni? Sekeping tapi bijak betul!
1 Comments
Nak baca susah sbb iklan awak ni...stresss
ReplyDeleteJDT NEWS Membahas segala berita aktual malaysia.