Siapa Pandai2 Kata Esok 25 September 206 Cuti? JDT Juara Liga Super 2016



JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menafikan mengeluarkan pengumuman berkaitan cuti peristiwa sempena kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super tahun ini. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim, berkata pihaknya tidak mengeluarkan sebarang notis atau pengumuman berhubung cuti pada hari esok susulan kejayaan pasukan JDT. 

Katanya, beliau turut menafikan mesej yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa kerajaan negeri akan mengumumkan cuti esok. 

"Tiada sebarang pengumuman cuti esok. Itu semua (mesej viral dalam WhatsApp) adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. 

Dalam mesej aplikasi WhatsApp yang viral sehingga menimbulkan persoalan ramai pihak itu mendakwa kerajaan Johor akan mengisytiharkan cuti peristiwa esok pada majlis sambutan kemenangan pasukan JDT di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), malam ini. 

 Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/195699

Post a Comment

0 Comments