Jawapan TMJ Terhadap Sumbangan RM 1 juta dari Kerajaan Semalam


Semalam Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan sumbangan berjumlah RM 1 juta kepada pasukan bola sepak JDT atas kejayaan pasukan tersebut menjuarai Piala AFC.

Sumbangan tersebut adalah untuk usaha pembangunan bola sepak di negeri Johor Darul Takzim.

Pasukan JDT adalah begitu sinonim dengan nama TMJ yang merupakan individu yang bertanggungjawab dalam peningkatan pasukan bolasepak JDT tentunya peminat bolasepak ternanti-nanti apakah komen tentang sumbangan tersebut.

Berikut adalah perbualan baginda yang dipetik dari laman FB rasmi Johor Southern Tiger.


S: Salam sejahtera Tunku, Tunku maklum mengenai perletakan jawatan CEO Pahang FC baru baru ini? Apakah komen Tunku?

J: Saya maklum perkara tersebut. Saya tiada sebarang komen. Bukan tempat saya untuk komen.
S: Baru baru ini juga, JDT telah menerima penghargaan sebanyak RM Satu Juta dari kerajaan pusat kerana menjuarai piala AFC. 

J: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat di atas dana tersebut. Saya lebih gembira jikalau Perdana Menteri boleh sampaikan sedikit pesanan kepada FAM dan Kevin Ramalingam berkenaan wang hak penyiaran yang masih tertunggak kepada pasukan-pasukan yang bertanding di dalam liga super dan liga premier. 


Manakah wang RM Satu Juta atau dua juta yang sepatutnya diagihkan ke setiap pasukan? Sut-sut pegawai FAM dan FMLLP semakin mahal, tetapi tunggakan kepada pasukan tidak dilunaskan

S: Ampun Tunku, boleh Tunku bezakan antara Tunku dan pesaing pesaing Tunku?

J: Saya seorang yang gemar memandu kereta yang laju dan saya tahu destinasi saya. Mereka pula mahu memandu apa yang saya pandu, tetapi mereka tidak tahu hala tuju mereka.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Post a Comment

0 Comments