HEBAT BETUL!!!! TMJ Terima Kejutan dari Presiden dan Pemilik Atletico Madrid


DYAM Tunku Mahkota Johor seolah mendapat kejutan bila pemilik kelab Atletico Madrid, Mr. Miguel Angel Gil Marin telah mempersilakan DYAM Tunku Mahkota untuk makan malam bersama. Sewaktu makan malam itu, Mr. Miguel telah menyatakan minat beliau untuk membantu dan bekerjasama dengan kelab Johor Darul Ta'zim. Lebih mengejutkan lagi, Mr. Miguel juga telah menjemput JDT untuk datang ke Atletico Madrid untuk pra musim 2017.
JDT amat bertuah mempunyai kelab kelab gergasi di Eropah sebagai sahabat. Kami di JDT pun terharu bagaimana DYAM Tunku Mahkota mengendalikan pertemuan dengan Presiden dan Pemilik kelab gergasi ini sehingga mereka pun teruja dan ini perkara yang agak luarbiasa. 
Lawatan ke kelab ini bukan sekadar lawatan sahaja tetapi menunjukkan hubungan yang akrab dan istimewa bersama presiden dan pemilik, malahan pegawai teknikal kelab-kelab ini. 
Kelab-kelab besar ini tidak melayan semua orang dan sentiasa ada batasnya. Mereka sanggup berkerjasama dan membantu JDT kerana mereka percaya dengan visi dan projek DYAM Tunku Mahkota Johor dan mereka nampak potensi Kelab JDT.

Post a Comment

0 Comments