Mana Satu Juta nama dan tandatangan Bantah Keputusan baginda Haramkan Vape di Johor? - Sultan Ibrahim


MUAR 25 Feb. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda masih belum menerima sebarang nama dan tandatangan yang kononnya dikumpul oleh Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mengenai keputusan pengharaman penjualan vape di negeri itu.

Titah baginda, keputusan mengharamkan penjualan rokok elektronik itu telah diteliti dengan sepenuhnya termasuk mendengar semua pandangan daripada pakar-pakar yang berkaitan.

Sultan Ibrahim bertitah, penggunaan vape ternyata hanya memberi lebih banyak mudarat kepada manusia kerana paru-paru akan rosak memandangkan fungsi paru-paru hanya untuk menyerap udara dan bukannya wap air.

"Oleh itu, kepada pihak yang ingin mencabar keputusan saya, iaitu Presiden pertubuhan Ikhlas (Mohd. Ridzuan Abdullah) yang katanya mengumpul sejuta nama dan tandatangan, mana dia nama yang dah dikumpul?

"Satu nama pun saya tak nampak lagi," titah baginda ketika merasmikan Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri kali ke-60 di Dataran Tanjung Emas di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments